Info

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

SMK. TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG JOHOR
JEA1089


LENCANA SMK. TANJUNG PUTERI RESORT


Warna Merah  : Melambangkan semangat membara untuk terus berusaha
Warna Biru     : Melambangkan kedamaian
Warna Hijau    : Melambangkan semangat mencintai alam sekitar
Warna Kuning : Menghormati Raja berdaulat

Empat Tangkai Bunga Padi : Membentuk pelajar yang seimbang dalam 4 aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Simbol Bulatan : Sentiasa bermuafakat dan bersatu padu




COGAN KATA

INTIM
Sangat rapat dan karib dalam setiap hubungan antara warga sekolah dengan semua pihak 

INTELEK 
Kemampuan berfikir dan memahami 

INISIATIF
Daya usaha

FALSAFAH SEKOLAH
"Bahawa setiap pelajar berkeupayaan dan berpotensi untuk maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru-guru berkemampuan dan berkelayakan untuk membimbing secara profesional dan sekolah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi, maka ini akan menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berakhlak mulia dan boleh memberi sumbangan kepada negara"

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 
*********************************************************************************



LAGU SEKOLAH

Kami ke sekolah berjiwa murni 
Dengan penuh cita-cita yang tinggi
Serta disiplin kendiri terpuji
Menuntut ilmu meneguh pekerti
SMK Tanjung Puteri Resort
Akan tercapainya kejayaan
Bidang sukan seni dan akademik
korus:
Kami berikrar serta jua berjanji
Teruskan usaha jaya ke puncak tinggi
Dengan teguh peribadi yang mulia
intim, inisiatif, dan intelek
intim, inisiatif, dan intelek



No comments:

Post a Comment